Kakitangan awam perlu setia kepada Raja, bukan parti politik – Azmin

Kakitangan awam perlu setia kepada Raja, bukan parti politik – Azmin

Tanggapan bahawa kakitangan awam perlu taat kepada kerajaan yang mentadbir akhirnya disalah tafsir kepada parti yang memerintah.

azmin2

SHAH ALAM:
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh kakitangan awam di negeri itu agar meletakkan kesetiaan hanya kepada Sultan Selangor, bukannya pemimpin atau parti politik.

Beliau berkata, tanggapan menuntut kakitangan awam taat kepada kerajaan semasa yang mentadbir (government of the day) akhirnya disalahtafsir kepada parti yang memerintah.

“Jika ini berterusan, tiada jaminan institusi perkhidmatan awam akan menjadi profesional dan berprinsip.

“Kakitangan awam tidak perlu setia kepada orang atau parti politik, tetapi berpegang kepada piagam perkhidmatan awam dan hanya setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan negara serta negeri,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di sini pagi tadi.

Beliau berkata pagi, kepemimpinan politik boleh bertukar ganti, namun institusi perkhidmatan awam kekal dalam pentadbiran negara dan negeri.

“Ini adalah cabaran paling penting dalam memastikan kelangsungan pentadbiran sesebuah kerajaan di peringkat negara dan negeri supaya lebih efektif, berkesan dan bersih,” katanya lagi.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.