
Kejadian berlaku pada pukul 10 malam ketika penonton perlawanan bola sepak Liga Super antara PDRM dan JDT parkir kereta di lebuh raya tersebut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula.
“Terdapat satu insiden di mana kenderaan yang diletakkan berhampiran Lebuh Raya SPA dekat stadium dipercayai diseret kenderaan besar dan berat. Kita percayai terdpat 15 buah kenderaan yang digesel kenderaan tersebut.
“Pihak polis masih menunggu laporan pihak berkenaan membuat laporan polis,” katanya, lapor Astro Awani.
Menurutnya, pada malam perlawanan bola sepak antara kelab PDRM dan JDT di Stadium Hang Jebat, jumlah penonton yang hadir di luar jangkaan iaitu melebihi 30,000 orang.
“Mereka telah meletak kenderaan secara berlapis dipercayai menjadi punca kejadian berkenaan kerana ia menyebabkan laluan berkenaan menjadi sempit,” katanya lagi.
Polis masih menjalankan siasatan dan mereka yag mempunyai maklumat diminta tampil memberikan maklumat di mana balai polis berhampiran.