Menurut statistik, sejumlah 88 orang dalam sektor pembinaan maut akibat kemalangan pekerjaan.
Jumlah itu mendahului 9 sektor lain yang dipaparkan infografik BERNAMA berdasarkan daripada data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sektor kedua yang mencatatkan kematian tertinggi akibat kemalangan pekerjaan adalah sektor pengilangan dengan 49 kematian.
Manakala bagi kemalangan tanpa kehilangan upaya kekal, sektor pengilangan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1906. Sektor yang sama mencatatkan kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya kekal tertinggi iaitu sebanyak 89 kes.
Tiada kes kematian akibat kemalangan pekerjaan dicatatkan dalam sektor hotel dan restoran atau perkhidmatan awam dan pihak berkuasa.
Jumlah kemalangan yang tidak mengakibatkan hilang upaya kekal juga rendah di sektor perkhidmatan awam dan pihak berkuasa dengan 31 kes sahaja, manakala kes kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya kekal adalah sifar di sektor hotel dan restoran.

