Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata pegawai berkenaan ditahan di pejabat AADK Daerah Perlis Utara kerana disyaki meminta bayaran sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap dua individu yang dikesan positif dadah semasa operasi berkenaan.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, ketiga-tiga pegawai itu dipercayai melakukan kesalahan berkenaan pada penghujung Mac lepas di dalam lokap sementara pejabat AADK Daerah Perlis Utara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 dan hasil siasatan lengkap akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Semua mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu arahan selanjutnya daripada TPR.
-BERNAMA
