
Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata jika majoriti rakyat yakin dengan pengurusan operasi dan pelaburan KWSP yang berteraskan syariah, mereka perlu memberi keyakinan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
“Pindaan RUU bukan hanya membabitkan hudud, qisas dan tazir, tetapi sebahagian kecil usaha PAS untuk memartabatkan institusi serta peranan Mahkamah Syariah
“Saya percaya keinginan rakyat terhadap pindaan RUU ini juga melangkau kepentingan dunia, iaitu dengan memburu keredhaan Allah yang lebih utama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Simpanan Syariah KWSP yang dibuka semalam, mendapat sambutan hangat, dengan lebih 5,000 orang memindahkan akaun kepada skim baharu itu dalam masa 30 minit.
RUU yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei itu antara lain mahu memansuhkan had hukuman sedia ada bagi mahkamah syariah, iaitu penjara tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan enam sebatan.