
Presidennya, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerajaan perlu memastikan hanya individu itu sudah menjalani latihan mencukupi, mempunyai badan sihat dan boleh mematuhi arahan diambil sebagai pengawal keselamatan di SK.
“Diharapkan (juga) lebih baik (tugas pengawal keselamatan) diberi kepada rakyat Malaysia, khususnya bekas-bekas kakitangan keselamatan pegawai polis dan askar mungkin lebih layak daripada pekerja asing yang barangkali tidak tahu asal usulnya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ali berkata, pekerja asing tidak boleh dibenarkan menjadi pengawal keselamatan di SK kerana mereka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
“Memang ada baiknya, penting dipastikan semua yang diambil pengawal keselamatan profesional, dilatih, mempunyai tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
“Tidak mahu ambil langsung pekerja-pekerja luar negara mungkin langkah amat sesuai, kerana mereka kebanyakan daripada luar negara ini tak layak dan tidak terlatih. Dan mungkin gajinya tidak dipastikan mencukupi.”
Ali mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan pada Rabu lalu yang melarang pekerja asing bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK.
Katanya, syarikat keselamatan yang melanggar peraturan itu akan ditamatkan kontraknya dan perkhidmatan 25 syarikat keselamatan sudah ditamatkan sejak tahun lalu.