
Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60% bangunan asrama.
Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali 3 orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.
Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai, api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.
Bagaimanapun api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya.
Kebakaran di asrama sekolah agama ini berlaku tidak lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 September lalu, mengorbankan 21 pelajar dan 2 guru.