
“Kerajaan perlu melihat keperluan mengkaji semula syarikat itu, katanya kepada FMT dan berkata, “AirAsia pun sekarang lebih besar daripada MAS.”
Katanya, untuk MAS kembali hebat, kerajaan perlu melabur dalam syarikat itu.
“MAS perlu berjalan dengan misi dan wawasan. Kita mahu syarikat penerbangan yang beroperasi ke seluruh dunia, bukan di rantau ini sahaja.”
Beliau berkata salah satu perkara yang “sangat menyedihkan” ialah berkaitan jabatan kejuruteraan penerbangan syarikat tersebut.
“Sewaktu saya meninggalkan MAS pada 1992, jabatan kejuruteraan kita merupakan yang terbesar di dunia, tetapi tidak lagi sekarang.
“Kita memiliki jurutera terlatih sendiri yang bertaraf dunia, tetapi kita buang mereka bersama-sama 6,000 kakitangan lain dahulu.”
Aziz merujuk kepada 6,000 kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan pada 2015 dalam penstrukturan semula yang dilakukan oleh pihak pengurusan pada masa itu.
Nufam sebelum ini menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula semua isu melibatkan MAS, termasuk dakwaan ketirisan dan salah pengurusan.
Presidennya Ismail Nasaruddin mendakwa jumlah kerugian direkodkan sebanyak RM15 bilion dan tidak berlaku penambahbaikkan berikutan eksesais penstrukturan semula yang dibuat sebelum ini.
Beliau juga berkata, terdapat “sejumlah” lantikan politik dalam lembaga pengrusan syarikat.
Namun begitu katanya, sama ada pengarah lembaga terdiri daripada lantikan politik atau sebaliknya bukanlah isu besar.
Beliau berkata, siapa sahaja boleh mengurus syarikat sekiranya mereka mempunyai kebolehan dan pengetahuan bagi membaiki sistemnya.
“Nufam juga betul. Tidak betul sekiranya orang yang sama terus mengurus syarikat penerbangan itu bila ia tidak mendapat keuntungan.”
FMT menghubungi MAS dan sedang menunggu respons balasnya.