
Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail berkata pihaknya hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam terhadap Kula supaya beliau disiasat dan diambil tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa.
“Pada hari ini semua Pemuda Umno di semua negeri membuat laporan polis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga terlibat untuk membuat laporan.
“Saya kira Kula seorang yang beretika kerana beliau perlu berasa malu dan perlu meletakkan jawatan serta bertanggungjawab atas apa yang beliau lakukan.
“Saya lihat beliau tidak mengkaji sejarah dan tidak layak untuk menjadi menteri, “ katanya ketika ditemui hari ini.
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Kula mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.
Beliau juga mendakwa masyarakat Hindu mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.
Bagaimanapun, Kula menafikan laporan itu dan mendakwa pandangannya diputar belit pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan kaum.