Musa terbang ke KL malam ini selepas angkat sumpah

Musa terbang ke KL malam ini selepas angkat sumpah

Bekas ketua menteri Sabah itu terbang ke Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah 3.30 petang tadi.

KOTA KINABALU:
Kurang daripada 10 jam bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman pulang ke Sabah, beliau terbang ke Kuala Lumpur malam ini.

Adun Sungai Sibuga yang baru mengangkat sumpah itu menaiki pesawat jet Bombardier pada 10.00 malam tadi, pesawat sama yang dinaiki semasa kepulangannya pada 12.30 tengah hari tadi.

Selepas mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3.30 petang tadi, beliau pulang ke rumahnya di Luyang disambut para penyokong terkuatnya.

Bekas pengerusi Barisan Nasional Sabah itu tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diiringi pengiring keselamatannya.

Kira-kira 100 penyokongnya berada di lapangan terbang untuk menerima kepulangan pemimpin mereka, yang melambai dan tersenyum apabila mereka melaungkan “Hidup Tan Sri”.

Musa tidak melayan pertanyaan pemberita yang mahu ingin tahu mengapa dia ke Kuala Lumpur selepas kepulanganya.

Sebelum ini dilaporkan Musa dirawat di Hospital Clementine Churchill di London. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor apabila pulang ke tanahair bulan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.