WEF: Malaysia mampu kembang ekonomi perkongsian

WEF: Malaysia mampu kembang ekonomi perkongsian

Penasihat bebas WEF April Rinne berkata ekonomi perkongsian moden akan mewujudkan sumber pendapatan baru dengan memanfaatkan aset yang tidak digunakan.

Ekonomi perkongsian merupakan ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber.
GEORGE TOWN:
Malaysia mampu menawarkan banyak ruang bagi mengembangkan perkongsian ekonomi menerusi kehadiran Grab, AirBnB dan FoodPanda, dengan sektor itu semakin penting dalam ekonomi secara menyeluruh dalam era digital.

Penasihat bebas bagi Forum Ekonomi Dunia (WEF) April Rinne berkata kemunculan ekonomi perkongsian moden akan mewujudkan sumber pendapatan baru dengan memanfaatkan aset yang tidak digunakan negara dan teknologi hari ini.

Beliau berkata dengan menggunakan aset yang kurang dimanfaatkan oleh individu secara berkesan, terutama yang mempunyai kos tinggi dan kekerapan penggunaan yang rendah seperti kenderaan, peralatan lektrik, bilik, malah pakaian bayi, bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan menerusi perkongsian dengan mereka yang memerlukan, malah boleh membangunkan komuniti dari aspek nilai sosial melalui rangkaian tidak berpusat menggunakan platform aplikasi dalam talian atau mudah alih.

“Orang biasa menggunakan gerudi kuasa sekitar 16 minit dalam kehidupan mereka dan tinggal terbiar seolah-olah barangan buangan dari segi penggunaan dan wang.

“Sebaliknya jika ia menjadi aset yang dikongsi, bukan sahaja ia boleh digunakan dengan lebih cekap, malah menjimatkan kos dan memperoleh pendapatan tambahan,” katanya dalam satu temu bual.

Ekonomi perkongsian merupakan satu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan.

Rinne berkata Malaysia telah melakukan proses yang agak baik dari segi perkongsian ekonomi, namun ia boleh ditambah baik.

Beliau mencadangkan pemimpin menetapkan definisi ekonomi perkongsian dan berusaha merealisasikannya.

Definisi perkongsian ekonomi berbeza dari satu negara ke negara lain, dan berasaskan kepada manfaat yang mereka mahukan. Tiga pemacu umum utama itu ialah ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Sweden contohnya memberi tumpuan kepada aspek alam sekitar dalam perkongsian ekonomi, jadi perniagaan mereka memberi keutamaan kepada kelestarian alam sekitar,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Ekonomi Digital Malaysia Corporation (MDEC) Darzy Norhalim berkata, peningkatan perniagaan perkongsian ekonomi jelas memberi manfaat kepada pengguna untuk keselesaan dan kemudahannya, malah turut mewujudkan perselisihan dalam kalangan industri perniagaan tradisional dan sektor kerajaan.

Antara pertikaian itu ialah pemandu teksi tempatan memprotes syarikat perkongsian perjalanan, dan wujud kebimbangan jika syarikat perkongsian rumah seperti AirBnb, merosakkan industri hotel.

Namun Darzy menyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha membentuk rangka kerja peraturan untuk berkongsi ekonomi perniagaan untuk berada kedudukan yang setara dengan perniagaan tradisional.

Beliau berkata perniagaan ekonomi perkongsian tidak menjejaskan industri tradisional, malah membantu mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan dalam gambaran ekonomi secara menyeluruh.

“Perniagaan ekonomi perkongsian telah mewujudkan kesedaran mengenai perlunya perkhidmatan dalam pelbagai jabatan seperti pelancongan dan logistik, selagi gus lebih ramai orang akan terlibat dalam sektor masing-masing, permintaan juga akan meningkat, yang juga memberikan impak positif ke atas perniagaan tradisional,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.