
Bahagian yang mengadakan proses pemilihan itu ialah Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Tawau, Kalabakan, Keningau, Sipitang, Beaufort, Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Tenom, Pensiangan, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatangan, Silam dan Semporna.
Menurut laman sesawang pemilihan PKR 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi mendahului Rafizi yang merupakan bekas ahli Parlimen Pandan dengan majoriti 1,642 undi.
Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu memperoleh 11,466 undi, manakala Rafizi yang juga naib presiden PKR mendapat 9,824 undi.
Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan menerusi laman sesawang itu turut menyaksikan Azmin menang di 14 bahagian, iaitu Keningau, Libaran, Sepanggar, Sandakan, Beaufort, Tawau, Kalabakan, Kudat, Putatan, Papar, Ranau, Tenom, Beluran dan Silam.
Rafizi pula menang di 11 bahagian, iaitu Kota Marudu, Tuaran, Batu Sapi, Kota Kinabalu, Sipitang, Kota Belud, Penampang, Kimanis, Pensiangan, Kinabatangan dan Semporna.
Dalam kenyataannya menerusi laman sesawang itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Rashid Din dipetik sebagai berkata, JPP hanya akan memuktamadkan keputusan semua 25 bahagian di Sabah yang menjalankan proses pengundian itu, selepas peti undi ragu dibuka.