Tiket ETS untuk Tahun Baru Cina mula dijual 2 Jan

Tiket ETS untuk Tahun Baru Cina mula dijual 2 Jan

Perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari.

Ini bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal, terutama mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan yang pulang bercuti ke kampung halaman. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan 1 Feb hingga 30 April 2019 boleh dibeli mulai 2 Jan 2019.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini berkata, jualan yang dibuka mulai 8.30 pagi hari berkenaan itu bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal, terutama bagi mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan yang akan pulang bercuti ke kampung halaman.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari.

Ini disebabkan kerja menaik taraf infrastruktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang (KVDT) masih dalam fasa pelaksanaan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter tiket KTMB.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.