
Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Kawasan Larangan itu yang berada dalam lingkungan ruang udara terkawal dan sesak akan memberi impak kepada operasi sedia ada serta operasi biasa oleh pesawat yang melalui ruang udara tersebut.
“Kami membangkitkan kepada Malaysia tentang kebimbangan kami terhadap kesan buruk Kawasan Larangan ke atas penerbangan awam,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, susulan pertanyaan media mengenai pewujudan Kawasan Larangan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (Notam) pada 25 Disember lalu.
Melalui notis itu, Malaysia memaklumkan pihak berkaitan penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa esok, menurut kenyataan itu.