Presiden Korea Selatan ditertawakan tak tahu beza selamat sore dan selamat petang?

Banyak perbezaan di antara selamat petang dan selamat malam.

Namun perkara semudah itu tidak dapat dibezakan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Malah lebih teruk Moon menggunakan bahasa Indonesia di Malaysia.

Tindakannya itu telah mendapat kecaman parti politik di negaranya hingga menyebabkan menteri luarnya terpaksa memohon maaf di parlimen.

Moon menggunakan ucapan “selamat sore” dalam satu sidang media bersama-sama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika lawatannya ke Malaysia pada awal bulan ini.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in melawat Malaysia pada awal bulan ini dan menyambut penontonnya pada sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad menggunakan frasa “selamat sore”.

Walaupun Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan mempunyai banyak persamaan dalam penggunaan bahasa namun ucapan itu tidak digunakan di Malaysia.

Ketika itu, Mahathir hanya mampu tersenyum dan ketawa kecil manakala menteri lain semuanya ketawa.

Bagaimanapun pengkritik kerajaan Korea Selatan mengecam kebodohan Moon yang sepatutnya menggunakan ucapan “selamat petang” iaitu lebih sesuai dengan Malaysia.

Malah Moon mengulangi kesilapannya sekali lagi apabila menggunakan ucapan yang sama ketika jamuan makan malam.

Kegagalannya menggunakan salutasi yang tepat turut dikutuk Korea Times sambil menyifatkan pasukan protokol presiden gagal menjalankan tugas sewajarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]