Hanya kerajaan boleh iktiraf UEC, kata Dr M

Hanya kerajaan boleh iktiraf UEC, kata Dr M

Peguam Negara Tommy Thomas, sebelum ini berkata, UEC pada tahap Senior Middle 3 memenuhi syarat kelayakan STPM bagi tujuan menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman mulai 2021.

UEC merupakan sijil peperiksaan standard sekolah persendirian Cina di Malaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekolah persendirian Cina hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

“Kalau kita nak iktiraf, kerajaanlah mesti iktiraf,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini semalam.

Pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara Tommy Thomas, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.