Nik Nazmi dan isteri berpisah

Nik Nazmi dan isteri berpisah

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, mereka komited untuk membesarkan anak bersama.

Nik Nazmi Nik Ahmad sah bercerai talak satu dengan Dr Imaan Abdul Rahim hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan beliau dan isterinya, Dr Imaan Abdul Rahim bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

Perkara itu disahkan pembantu peribadi Nik Nazmi.

Setiausaha Pengelola PKR itu berkata, beliau bersyukur dengan perkahwinan itu dan sokongan diberikan keluarga serta rakan mereka.

“Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.

“Kami fokus terhadap kegembiraan dan kesejahteraan anak kami dan kami komited untuk membesarkannya bersama-sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta semua pihak menghormati privasi mereka dan tiada kenyataan lain akan dikeluarkan mengenai isu ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Nik Nazmi sah bercerai talak satu dengan isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Nik Nazmi, 37, selaku plaintif melafazkan cerai itu terhadap Imaan, 36, dalam kamar Hakim Syarie, Zaim Md Yudin pada 9.45 pagi tadi.

Mahkamah Tinggi merekodkan penceraian secara baik, perintah berhubung nafkah anak, harta sepencarian, hak penjagaan anak, mutaah, hibah dan nafkah edah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nik Ilhan yang kini berusi 8 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.