BN, Umno takkan kerjasama dengan parti bersekongkol DAP, kata Zahid

BN, Umno takkan kerjasama dengan parti bersekongkol DAP, kata Zahid

Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP tidak boleh diterima sama sekali dalam pentadbiran negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan pembangkang berlapang dada menerima realiti politik di Malaysia.
KUALA LUMPUR:
Umno dan Barisan Nasional menolak pelawaan Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan PPBM kerana parti itu bersekongkol dengan DAP yang memperjuangkan agenda “Malaysian Malaysia”.

Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda DAP itu tidak boleh diterima sama sekali dalam pentadbiran negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

“Parti dan mana-mana pemimpin yang terus bersekongkol dengan DAP, Umno dan BN tidak boleh terima.

“Jika DAP terus menguasai kerajaan yang ada sekarang ini…apatah lagi DAP menterjemah agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang tidak dapat diterima oleh Umno dan BN.

“Ini adalah pendirian rasmi Umno dan BN,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Mahathir mempelawa parti politik Melayu, termasuk Umno untuk menyertai PPBM bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Pengerusi PPBM itu berkata, penyatuan itu penting kerana parti politik Melayu di negara ini kini berpecah kepada 6 parti.

Hari ini, Zahid berkata, gabungan pembangkang berlapang dada menerima realiti politik Malaysia.

“Umno dan BN sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menerima realiti politik di dalam apa juga situasi politik, namun tawaran yang kita perolehi secara terbuka (ini) tidak dapat diterima oleh Umno dan BN.

“Untuk menjaga perpaduan Islam dan Melayu, ia harus dilihat dalam konteks kemajmukan masyarakat di Malaysia.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.