Malaysia bangga Tabung Haji diiktiraf negara Islam lain, kata Dr Mahathir

Malaysia bangga Tabung Haji diiktiraf negara Islam lain, kata Dr Mahathir

Kerajaan mengucapkan penghargaan kepada kedutaan Arab Saudi atas kerjasama yang diberikan, terutamanya berkaitan kebajikan jamaah haji Malaysia.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, jamaah Malaysia merupakan kumpulan paling beruntung berbanding jmaah haji negara lain kerana layanan dan urusan haji lebih teratur.
SEPANG:
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji pihak pengurusan Tabung Haji (TH) kerana menjadi institusi terbaik dalam mengurus jamaah haji sehingga menerima pujian dan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi dan negara Islam lain.

“Malaysia berasa bangga menerima pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi dan negara Islam lain.

“Saya ucap syabas kepada Tabung Haji atas komitmen yang diberikan dalam usaha mengekal dan menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji setiap tahun.

“Saya harap Tabung Haji akan terus komited melangkah ke hadapan dengan usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, baik dari segi pengurusan haji, simpanan dan pelaburan, agar ia sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji, di sini, hari ini.

Katanya, jamaah Malaysia merupakan antara kumpulan paling beruntung berbanding jmaah haji negara lain kerana layanan dan urusan haji lebih teratur kerana semuanya diuruskan dari awal hingga akhir oleh Tabung Haji.

Mahathir dalam ucapannya, mengucapkan penghargaan kepada pihak kedutaan Arab Saudi ke Malaysia atas kerjasama yang diberikan, terutamanya berkaitan kebajikan jamaah haji Malaysia.

Mahathir turut meminta jamaah supaya mendoakan negara terus aman dan sejahtera tampa sebarang gangguan.

Lebih 90% jamaah haji Malaysia berada di Makkah sehingga hari ini.

Ketika ditemui media, Mahathir secara ringkas berkata, pihak yang dapat mengerjakan haji perlu bersyukur kerana ramai rakyat Malaysia yang tidak berpeluang berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.