680 orang ditahan dalam tangkapan terbesar imigresen AS

680 orang ditahan dalam tangkapan terbesar imigresen AS

Menurut Jabatan Kehakiman AS pelbagai waran jenayah persekutuan dikeluarkan di 7 lokasi di seluruh Mississippi sebagai sebahagian siasatan yang sedang berlangsung.

Ejen Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen AS (ICE) membuat tangkapan dengan kerjasama pejabat peguam AS bagi daerah Selatan Mississippi. (Gambar Bernama)
WASHINGTON:
Serbuan imigresen di beberapa perniagaan Mississippi yang membawa kepada penahanan sejumlah 680 orang, angka yang dianggap sebagai tangkapan terbesar dalam serbuan tunggal ke tempat kerja dalam sejarah Amerika Syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa pada Rabu.

Ejen Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen AS (ICE) membuat tangkapan itu dengan kerjasama Pejabat Peguam AS bagi Daerah Selatan Mississippi.

Mereka melaksanakan pelbagai waran jenayah persekutuan di 7 lokasi di seluruh Mississippi sebagai sebahagian siasatan yang sedang berlangsung, menurut Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Sebilangan tahanan yang tidak diketahui jumlahnya kini “dikenal pasti sebagai layak bagi alternatif penahanan berdasarkan alasan kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

“Pelaksanaan waran geledah persekutuan hari ini adalah bagi menguatkuasakan kedaulatan undang-undang di negeri ini dan di seluruh negara,” kata peguam AS bagi Daerah Selatan Mississippi Mike Hurst dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.