Ancaman bom di Bukit Damansara untuk takutkan orang, kata polis

Ancaman bom di Bukit Damansara untuk takutkan orang, kata polis

Polis berkata, alat letupan termampat yang dijumpai itu di laman sebuah rumah itu tidak cukup sifat dan tidak boleh diletupkan.

Roslan Bek Ahmad (tengah) mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR:
Polis masih memburu suspek yang meletakkan bom tidak boleh diletupkan di laman sebuah rumah di Bukit Damansara, di sini, minggu lalu untuk menakut-nakutkan orang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Roslan Bek Ahmad berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini tiada perkembangan baru atau sebarang tangkapan dibuat.

“Bom itu tak cukup sifat. Kita percaya, tujuan suspek ini hanya untuk menakut-nakutkan saja.

“Jika bom itu cukup sifat untuk meletup, memang ada niat nak letupkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Unit Pemusnah Bom dikejarkan ke tempat kejadian, selepas orang awam menemui satu alat letupan termampat (IED) pada 5 petang 1 Ogos lalu di laman sebuah rumah di Bukit Damansara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.