
Tinjauan Bernama mendapati pengamal media tiba seawal pukul 7 pagi bagi membuat liputan keputusan berkenaan yang akan diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues dijalankan.
Kira-kira pukul 8.10 pagi, barisan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib termasuk Yahaya Othman dan anggota pasukan bomba dan penyelamat mula memenuhi pekarangan mahkamah.
Bagi memastikan perjalanan keputusan inkues pagi ini berjalan lancar, seramai 10 pegawai dan 60 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan di mahkamah berkenaan.
Inkues yang dimulakan pada 11 Feb lepas adalah bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.
Prosiding berkenaan dijalankan ekoran punca sebenar yang meragut nyawa wira bomba itu telah dieksploitasi pelbagai pihak.