
“Kami tidak membincangkan apa-apa,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai kenyataan Syed Husin bahawa beliau cuba menghindari menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan sebelum pilihan raya tahun lalu.
Mahathir berkata, tempoh peralihan kuasa diteliti berdasarkan situasi semasa sebelum diserahkan kepada mana-mana calon yang layak.
“Kita kena kaji keadaan. Dalam angka, tarikh yang spesifik… jika kerja separuh selesai atau belum selesai, susahlah,” ujarnya.
Sebelum ini, bekas timbalan presiden PKR Syed Husin mendakwa hasrat Mahathir untuk berundur daripada jawatan perdana menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh PH kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.
Beliau dilapor berkata, kenyataan Mahathir dalam dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, baru-baru ini, menyebabkan beliau secara peribadi tidak mempercayai Mahathir.
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq kemudian dilaporkan berkata serangan berkenaan menimbulkan persepsi terdapat tangan ghaib mahu porak peranda negara supaya Mahathir didesak meletakkan jawatan, selain ia menimbulkan spekulasi tidak perlu dan tidak diingini.