
Timbalan Pendakwa Raya Izhanudin Alias berkata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa sebarang cabaran terhadap Seksyen 13 (2) akta itu untuk menolak ikat jamin mesti dirujuk ke mahkamah tertinggi.
Beliau juga berkata Mahkamah Tinggi boleh memohon Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
“Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2017 dalam kes Gan Boon Aun lawan Pendakwa Raya menetapkan bahawa kuasa isu perlembagaan mesti didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya.
Beliau membangkitkan isu itu hari ini apabila sebutan cabaran undang-undang terhadap ikat jamin oleh Adun Gadek G Saminathan dan 11 yang lain dibacakan di hadapan Nazlan.
Minggu lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob membenarkan permohonan Saminathan dan tiga yang lain untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi mengenai sama ada mereka boleh ditawarkan ikat jamin meskipun didakwa atas pertuduhan berkaitan LTTE.
Saminathan, pemandu teksi V Balamurugan, penghantar barang S Teeran dan peniaga besi buruk, A Kalaimughilan didakwa dengan sengaja memberi sokongan kepada kumpulan pengganas di Facebook.
Lapan lagi individu didakwa dengan kesalahan sama di hadapan dua hakim Mahkamah Sesyen yang lain, dengan peguam mereka membangkitkan perkara serupa terhadap terhadap Seksyen 13(2) akta itu.
Peguam Ramkarpal Singh, yang hadir mewakili tertuduh berkata, adalah menyalahi undang-undang eksekutif, melalui badan perundangan, mengambil alih kuasa mahkamah untuk menghapuskan kuasa budi bicara hakim bagi menawarkan ikat jamin di bawah Sosma.
Beliau berkata kes Gan Boon Aun bukan lagi undang-undang yang baik kerana mahkamah tertinggi lain dalam kes Gin Poh Holdings lawan kerajaan Pulau Pinang dan lain-lain berpendapat isu perlembagaan boleh didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
“Keputusan kes Gin Poh Holdings ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan lain dalam kes Alma Nudo Atenza v Pendakwa Raya,” katanya.
Beliau menggesa Nazlan untuk membuat pendengaran awal, mengatakan kebebasan anak guamnya dipertaruhkan.
Semua 12 tahanan kini ditahan di penjara Sungai Buloh.
Mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, tetapi Mahkamah Sesyen tidak dapat membebaskan mereka tanpa menunggu keputusan perbicaraan mereka kerana tiada jaminan boleh ditawarkan kepada mereka yang dituduh di bawah Sosma dengan kesalahan berkaitan keganasan.
Nazlan menetapkan perbicaraan pada 13 Nov dan mengarahkan semua pihak untuk memfailkan penghujahan bertulis mereka pada 12 Nov ini.