
“Kami bermesyuarat minggu lalu, jadi kami harap mesyuarat itu dapat menyelesaikan beberapa isu asas dalam parti.
“Kita bercakap tentang keadilan dan keadilan bermula di rumah. Ia perlu dilaksanakan dalam parti sebelum anda boleh mempromosikan prinsip keadilan,” katanya di luar Kongres Nasional PKR.
Beliau berkata isu berpuak-puak dalam parti tidak dibenarkan dan disebabkan itu beliau mengambil inisiatif bersama ahli majlis kepimpinan pusat terpilih lain untuk mendapatkan panduan dari Presiden PKR Anwar Ibrahim dan membincangkan beberapa isu asas parti.
Azmin berkata beliau berharap mesyuarat dengan Anwar akhirnya akan memastikan semua keputusan yang dibuat oleh parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur PKR yang diterima pakai sejak 20 tahun lalu.
Sebelum ini terdapat pertikaian termasuk Pemuda PKR yang menarik balik jemputan kepada Azmin untuk merasmikan kongres mereka.
Manakala PKR Sarawak pula mahu membatalkan konvensyen peringkat negeri, serta pemecatan bekas ahli majlis kepimpinan pusat Zakaria Abdul Hamid dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tetap Pemuda PKR.