
Empat balai polis komuniti di daerah itu yang akan ditutup bermula Jan depan ialah Taming Jaya, Bandar Teknologi, Sungai Tangkas dan Bandar Damai Perdana.
“Penutupan 4 buah balai komuniti dalam daerah Kajang itu adalah berdasarkan justifikasi berikutan kewujudannya secara ‘ad-hoc’ dan tanpa kajian dari segi lokasi, bangunan, jarak di antara balai dan perjawatan.
“Penggunaan rumah kedai adalah tidak selamat serta didapati tidak memenuhi spesifikasi di bawah garis panduan dan peraturan bagi perancangan bangunan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata penutupan balai komuniti itu bukan hanya melibatkan daerah Kajang tetapi melibatkan balai komuniti di seluruh negara.
Beliau berkata penugasan anggota polis di kawasan balai masih berjalan seperti biasa untuk membuat rondaan pencegahan jenayah.