Air France-KLM tak terlibat proses jualan Malaysia Airlines

Air France-KLM tak terlibat proses jualan Malaysia Airlines

Kumpulan penerbangan Perancis-Belanda itu ada berhubung dengan para pemegang saham Malaysia Airlines.

DUBLIN: Air France-KLM kelmarin berkata ia ada mengadakan perbincangan dengan pemilik Malaysia Airlines tetapi tidak terlibat dengan usaha semasa untuk mencari pelabur untuk syarikat penerbangan itu.

“Air France-KLM terus mengkaji peluang pelaburan global bagi tujuan strategiknya untuk menjadi peserta aktif dan pragmatik dalam penyatuan industri, seperti yang dibentangkan pada hari pelaburnya pada Nov 2019,” kata kumpulan penerbangan Perancis-Belanda itu.

“Air France-KLM sebelum ini berhubung dengan para pemegang saham Malaysia Airlines, tetapi pada tahap ini Air France-KLM tidak terlibat dengan proses jualan Malaysia Airlines.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.