
“Kadar KDNK adalah sangat buruk. Suku ke-4 pada 2019 adalah sangat rendah iaitu pada kadar 3.6% dan pertumbuhan penuh pada 2019 adalah 4.3%. Ini adalah pertumbuhan yang paling perlahan dalam tempoh 10 tahun, jatuh daripada 4.7% pada 2018.
“Kelak, kita akan hadapi masalah pada suku pertama pada 2020 disebabkan pengeluaran minyak sawit yang rendah dan masalah wabak koronavirus. Menteri Hal Ekonomi perlu jelaskan apakah tindakan selanjutnya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Terdahulu, Bank Negara berkata wabak koronavirus, yang mulai hari ini dinamakan Covid-19, akan memberi kesan pada pertumbuhan KDNK bagi suku pertama 2020.
Gabenornya, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata wabak itu yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa akan memberi kesan pada industri pelancongan, termasuk perbelanjaan ke atas hotel, runcit, pengangkutan, dan restoran.
Ekonomi negara pada tahun lalu bertumbuh pada kadar 4.3%. Pada 2018, ia berada pada 4.7%. Bagi suku ke-4 2019, ekonomi bertumbuh 3.6%, yang terendah sejak suku ke-3 2009.
Sebelum ini, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8% tahun ini.
Kerajaan dijangka mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu sektor yang terkesan dengan Covid-19, yang setakat ini meragut 1,000 nyawa di China dan ratusan sedang dirawat di hospital di serata dunia.