SPRM tahan 12 pegawai, anggota polis P Pinang

SPRM tahan 12 pegawai, anggota polis P Pinang

Mereka ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa.

KUALA LUMPUR: Dua belas pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata mereka ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa.

“Saya sahkan ada antara mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai dan anggota polis… kes ini sedang disiasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

caption: (gambar polis)
SPRM sedang menyiasat 12 pegawai dan anggota polis yang terlibat rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.