Soalan lazim Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara menjelaskan memperincikan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 yang berkuatkuasa 1 Apr hingga 14 Apr.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)?

2. Apakah sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2?

Hanya 10 perkhidmatan perlu dan rantaiannya yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2:

a) Makanan
b) Air
c) Tenaga
d) Komunikasi dan internet
e) Keselamatan dan pertahanan
f) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
g) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
h) Perbankan dan kewangan
i) E-dagang
j) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

3. Perkhidmatan perlu (essential services) lain seperti pos, bomba, penjara, imigresen dan kastam tiada dalam 10 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2. Begitu juga halnya dengan perkhidmatan stesen minyak. Adakah semua perkhidmatan ini tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP 2?

Semua perkhidmatan tersebut dan perkhidmatan perlu (essential services) yang diumumkan semasa PKP masih dibenarkan beroperasi sekiranya termasuk dalam 10 perkhidmatan perlu dan rantaiannya.

Sebagai contoh, perkhidmatan pos termasuk dalam perkhidmatan perlu komunikasi dan juga logistik. Manakala perkhidmatan bomba, penjara, imigresen dan kastam termasuk dalam perkhidmatan perlu keselamatan dan pertahanan. Bagi perkhidmatan stesen minyak pula dalam perkhidmatan perlu tenaga.

Oleh itu, semua perkhidmatan ini dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.

4. Apakah tatacara kawalan dan pengoperasian bagi 10 sektor kritikal yang dibenarkan?

Kerajaan menetapkan tatacara kawalan dan pengoperasian seperti di lampiran yang disertakan.

5. Apakah konsep pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2)?

a. Kawalan pergerakan akan dilaksanakan mengikut tempoh masa dan sektor kritikal yang ditetapkan; dan
b. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan-kawasan atau lokaliti tertentu dalam zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti tersebut.

6. Apakah definasi zon?

Definisi zon mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut:

a. Zon Hijau – Kawasan yang tiada kes positif
b. Zon Kuning – Kawasan yang mempunyai 1 – 20 kes positif
c. Zon Jingga – Kawasan yang mempunyai 21 – 40 kes positif
d. Zon Merah – Kawasan yang mempunyai lebih dari 40 kes positif

7. Adakah syarikat yang mendapat kelulusan semasa PKP terdahulu dan kini termasuk dalam kategori 10 sektor kritikal perlu mendapatkan kelulusan sekali lagi untuk beroperasi semasa PKP 2?

Tidak perlu. Segala kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat semasa PKP dan kini tergolong dalam 10 sektor kritikal boleh terus menggunakan kelulusan yang sama semasa PKP 2. Perlu diingatkan agar memastikan kelulusan bertulis perlu bersamaan dengan jangka masa PKP 2.