PKPD Selayang tamat hari ini

Selayang diletakkan dalam PKPD akibat pertambahan kes Covid-19.

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Selayang Baru ditamatkan hari ini.

Menteri Pertanahan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai menjalani ujian kesihatan ke atas semua penduduk terlibat.

“Perintah PKPD ke-7 di kawasan Selayang tamat pada hari ini, KKM telah melakukan saringan ke atas semua penduduk terlibat,” katanya ketika sidang media hari ini.

12 Mei lalu, kerajaan melanjutkan tempoh PKPD di Selayang Baru untuk kali ke-2.

Katanya, langkah itu diambil bagi memberikan lebih masa untuk KKM melengkapkan proses saringan penduduk di situ.

Tiga kawasan yang terbabit dalam PKPD yang ditamatkan hari ini ialah:

Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru
Zon D: Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru
Zon E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru
Zon F: Block A, B dan C, Selayang Makmur

Kawasan Selayang Baru diletakkan bawah PKPD mulai 25 April lalu sebelum dilanjutkan kali pertama pada 4 Mei. Ia sepatutnya tamat 13 Mei.

Dengan pengumuman itu, seluruh kawasan Selayang yang berada dibawah PKPD tamat.

12 Mei lalu, kawalan ketat di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Gombak tamat sepenuhnya.

Pusat Bandar Utara, yang dibahagikan kepada 8 parcel, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur bawah kawalan ketat sejak sejak 20 April.

Kawalan ketat di Parcel A dan B di Pusat Bandar Utara serta Pasar Borong Kuala Lumpur tamat pada 4 Mei, dan dilanjutkan sehingga 12 Mei bagi C, D, E1, E2, E3, dan F.