Beyonce mahu rakyat AS kekal bersatu tuntut keadilan kematian George Floyd

Beyonce, berkongsi gambar di Instagram berserta kata-kata semangat supaya bersama-sama tuntut keadilan.

Susulan kematian lelaki berkulit hitam George Floyd sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan di Amerika Syarikat ketika ini, penyanyi terkenal antarabangsa Beyonce, berkongsi gambar di Instagram berserta kata-kata semangat supaya bersama-sama tuntut keadilan.

Beyonce, 38, ini adalah masa yang tepat untuk semua perjuangkan hak yang sebenar tanpa mengira warna kulit.

“Dunia bersatu untuk George Floyd. Kita tahu ada perjalanan yang panjang di hadapan.

“Mari kita kekal bersama dan fokus dalam seruan kita untuk keadilan yang sebenar,” tulis Beyonce.

Penyanyi lagu “Crazy In Love” ini menyuarakan pendapatnya beberapa hari lalu tentang sikap yang perlu diterapkan rakyat AS pada waktu ini di dalam sebuah video di mana dia menuntut keadilan untuk George dan mereka yang pernah menerima nasib sama.

Video tersebut dimuat naik di Instagram penyanyi itu pada 29 Mei lalu.

George Floyd, 46, seorang lelaki berkulit hitam meninggal dunia akibat kegagalan bernafas selepas anggota polis, Derek Chauvin, melutut di leher George hampir 10 minit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]