Apa nak jadi, topeng dan sarung tangan ditemui cemari laut?

Foto yang dikongsi oleh Laurent Lombard menunjukkan topeng dan sarung tangan ditemui dalam laut. (Gambar Twitter)

Sejak satu dunia dilanda pandemik Covid-19, semua orang mengamalkan pemakaian topeng, sarung tangan dan hand sanitizer.

Namun apa yang membimbangkan pecinta alam apabila menemui lebih banyak topeng berbanding obor-obor di laut Mediterranean pada masa akan datang.

Pengasas sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Laurent Lombard memberi gambaran mengenai pencemaran alam yang berlaku dek pandemik Covid-19.

Ini kerana sewaktu berenang di sebuah resort di French Riviera, Antibes, Mediterranean, dia dan pasukannya menemui banyak sarung tangan dan topeng di dalam air.

Selain itu, sampah seperti tin minuman dan cawan kosong turut ditemui.

NGO dikenali sebagai Opération Mer Propre itu menggesa orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan tidak mencemarkan alam.

Ujarnya, jika PPE, topeng wajah dan sebagainya tidak dihapuskan dengan cara betul, ia akan mencemari kawasan laut.

Ditambah pula dengan keadaan yang hujan atau berangin sudah pasti ia akan menerbangkan terus ke laut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]