Anwar kembali jawat ketua pembangkang Dewan

Anwar Ibrahim hadir di sidang Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim disahkan menjadi ketua pembangkang baru kerana memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang, kata Speaker, Mohamad Ariff Md Yusof sebaik saja Dewan Rakyat bersidang semula hari ini.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati Anwar mempunyai sokongan ahli pembangkang untuk dilantik sebagai ketua pembangkang,” kata Ariff.

Anwar pernah menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat sebanyak 2 kali selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Sementara itu, ahli Parlimen turut dimaklumkan Dewan Negara sudah meluluskan undang-undang anti-berita palsu tanpa sebarang pindaan.

Akta kontroversi itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 tahun dan denda sehingga RM500,000 ke atas individu yang disabitkan bersalah menyebarkan berita palsu.

Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 diluluskan Ogos 2018, tetapi ditolak Dewan Negara lewat tahun lalu.