Masidi dilantik pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah

Masidi dilantik pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah

Bekas menteri Sabah itu menerima surat lantikannya daripada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Parlimen semalam.

Masidi Manjun semasa menerima surat lantikan daripada Menteri Noraini Ahmad di Parlimen semalam. (Gambar Facebook Kementerian Pengajian Tinggi)
KOTA KINABALU:
Bekas menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah, Masidi Manjun, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau, yang juga timbalan ketua PPBM Sabah, menerima surat lantikannya daripada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Parlimen semalam.

Masidi ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan melapor diri di UMS esok.

Beliau hanya akan membuat kenyataan berhubung perlantikannya selepas sesi taklimat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.