Kerajaan umum sukuk digital pertama bernilai RM500 juta esok

Kerajaan umum sukuk digital pertama bernilai RM500 juta esok

Terbitan sukuk patuh syariah tersebut adalah hasil permintaan pelbagai pihak untuk membantu usaha pemulihan negara.

Hasil terbitan Sukuk Prihatin antara lain akan disalurkan kepada usaha menampung geran penyelidikan penyakit berjangkit, di samping membiayai perusahaan IKS dan mikro. (Gambar KKM)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kewangan akan mengumumkan terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), yang merupakan sukuk digital pertama Malaysia, esok.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan hari ini berkata majlis perasmian Sukuk Prihatin itu akan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan disempurnakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Kementerian itu berkata, terbitan sukuk patuh syariah tersebut merupakan hasil permintaan pelbagai pihak untuk turut membantu dalam usaha pemulihan negara.

Hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada beberapa inisiatif yang dikenal pasti, termasuk usaha meningkatkan kesalinghubungan kepada -sekolah luar bandar, menampung geran penyelidikan penyakit berjangkit, di samping membiayai perusahaan kecil dan sederhana serta mikro, terutama usahawan wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.