
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub yang turut yakin tidak akan berlaku kes calon bebas dalam kalangan pemimpin parti itu yang kecewa tidak terpilih sebagai calon pada PRU15 kelak.
“Kalau PRU lalu semua kerusi kita bertanding namun kali ini akan ada kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang Umno tidak akan bertanding melalui konsep pengagihan kerusi bersama PAS.
“Apa yang saya jumpa ialah semua pemimpin Umno di peringkat bahagian menyatakan komitmen akan akur perkara itu, sebaliknya akan membantu calon PAS memenangi kerusi di tempat mereka pada PRU15 nanti,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata keadaan sekarang juga berbeza berbanding dahulu apabila tidak ada pemimpin Umno Kelantan yang datang merayu untuk menjadi calon.
MN merupakan kerjasama antara Umno dan PAS yang kini turut disertai PPBM.