
Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pemohonan itu boleh dibuat di laman sesawang https://hednp.sabah.gov.my.
“Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas dikeluarkan Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Labuan dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu,” menurut kenyataan itu.
Khamis lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan kawalan rentas daerah di seluruh Sabah mulai semalam (3 Okt) hingga 16 Okt ini.