Kematian kedua di Kanada selepas terima vaksin AstraZeneca

Kematian kedua di Kanada selepas terima vaksin AstraZeneca

Kes itu adalah yang kedua di Kanada selepas lebih 253,000 dos vaksin AstraZeneca diberikan kepada penduduk wilayah itu.

Bulan lalu, wilayah Quebec melaporkan kematian pertama di Kanada, selepas seorang pesakit menerima vaksin AstraZeneca. (Gambar Bernama)
OTTAWA:
Wilayah Alberta di Kanada merekodkan kematian pertama akibat pembekuan darah yang jarang berlaku selepas menerima vaksin Covid-19 AstraZeneca, yang disahkan ketua pegawai perubatannya semalam.

Kes di Alberta itu adalah yang kedua membabitkan pembekuan darah dan satu-satunya kematian selepas lebih 253,000 dos vaksin AstraZeneca diberikan kepada penduduk di wilayah berkenaan.

AstraZeneca bagaimanapun tidak memberi maklum balas segera kepada Reuters.

Bulan lalu, wilayah Quebec melaporkan kematian pertama di Kanada, selepas seorang pesakit menerima vaksin AstraZeneca.

Komplikasi yang jarang berlaku itu, yang sesetengah pengawal selia, termasuk Health Canada gelarnya sebagai “prothrombotic immune thrombocytopenia”, melibatkan pembekuan darah dengan jumlah platelet rendah, sel dalam darah yang membantunya membeku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.