
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh, manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak di sebuah pusat beli-belah di Allen, Texas pada Sabtu, lapor CBS News memetik Jabatan Bomba Allen.
Jabatan Polis Allen menerusi Twitter memaklumkan tembakan di Allen Premium Outlets itu menyebabkan sembilan maut.
Suspek kemudiannya ditembak mati pegawai penguat kuasa.
CBS memetik Jabatan Bomba Allen berkata, tujuh mangsa ditemui mati di tempat kejadian.
Sembilan mangsa yang cedera dibawa ke hospital, tetapi dua daripadanya meninggal dunia kemudian.
Tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala keadaan empat lagi mangsa stabil, menurut pihak bomba.