Tsunami 0.4m dicatat berhampiran loji nuklear terbesar dunia

Tsunami 0.4m dicatat berhampiran loji nuklear terbesar dunia

Fenomena itu melanda susulan siri gempa bumi menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata, Jepun.

Tiada insiden kecemasan direkodkan susulan tsunami yang berlaku berdekatan loji kuasa nuklear Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran dengan loji kuasa nuklear Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, menurut Tokyo Electric Power Company (Tepco) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata, tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu, manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi melanda.

Sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku bermula 4.06 petang waktu tempatan (07:06 GMT), menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.