
BEIJING: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda Taiwan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Televisyen Pusat China.
Semua mangsa dilaporkan sedang dirawat di hospital.
Gempa bumi dengan kedalaman 9.7km melanda pulau itu, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan.