
Menurut laporan, Hannibal dipenjarakan atas tuduhan menyembunyikan maklumat kes penculikan dan kehilangan tokoh Syiah, Musa Sadr serta dua pengiringnya.
Pembebasan itu dibenarkan selepas pasukan peguamnya membayar ikat jamin USD893,000 dan menguruskan status perundangan di Direktorat Keselamatan Am Lubnan, selaras prosedur diguna pakai terhadap semua tahanan asing.
Peguam Charbel al-Khoury sebelum ini memberitahu RIA Novosti, pihak kehakiman Lubnan masih perlu memutuskan sama ada akan menarik balik larangan perjalanan terhadap Hannibal untuk membolehkannya meninggalkan negara itu selepas dibebaskan.
Pada 2015, sekumpulan lelaki bersenjata menculik Hannibal di Syria berhampiran sempadan Lubnan dalam serangan hendap.
Beliau kemudiannya dibawa ke Lubnan dan pihak berkuasa menahannya daripada penculik sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Mahkamah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan menyembunyikan maklumat kehilangan Musa di Libya pada 1978.
Pada 2016, Hannibal didakwa atas tuduhan mengetahui lokasi Musa antara 1978 hingga 1982, tetapi beliau menafikannya.