
Media tempatan juga dilaporkan mengumumkan 40 hari berkabung umum di negara itu.
Media rasmi Iran melaporkan bahawa Khamenei ‘sedang menjalankan tugas yang diberikan kepadanya dan berada di pejabatnya”.
“Serangan pengecut ini berlaku pada awal pagi hari Sabtu,” kata media rasmi itu.
Pasukan Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan berkata, “Kami telah kehilangan seorang pemimpin agung dan kami sedang berkabung, seorang pemimpin yang unik dari segi kesucian rohani, kekuatan iman, kepintaran dalam mengurus hal ehwal, keberanian menghadapi yang angkuh dan jihad di jalan Allah.”
Terdahulu, media Iran melaporkan anak perempuan, menantu lelaki dan cucu perempuan Khamenei telah terbunuh dalam serangan itu.
“Selepas menghubungi sumber yang dimaklumkan dalam kediaman pemimpin agung, berita mengenai anak perempuan, menantu lelaki dan cucu perempuan pemimpin revolusi itu yang syahid telah disahkan,” lapor agensi berita Fars dan media Iran lain.