Angkat kaki ke dinding setiap 20 minit, bantu sistem penghadaman & kualiti tidur lebih baik

Angkat kaki ke dinding setiap 20 minit, bantu sistem penghadaman & kualiti tidur lebih baik

Dengan masa harian yang terhad, senaman mudah ini boleh dilakukan di rumah saja.

Senaman mengangkat kaki pada dinding memberi manfaat kepada kesihatan. (Gambar Rawpixel)

Hari ini, kebanyakan orang terlalu memfokuskan senaman yang memerlukan mereka ke gimnasium atau melakukakan aktiviti fizikal luar untuk kekal sihat.

Namun, dengan masa harian yang terhad, sebenarnya terdapat senaman mudah yang hanya boleh dilakukan di rumah iaitu mengangkat kaki pada dinding (Legs Up the Wall).

Cara melakukan senaman angkat kaki pada dinding

  1. Pilih kedudukan yang selesa berhampiran dinding dan letakkan bantal di bawah punggung anda.
  2. Angkat kaki dan regangkannya pada dinding. Tangan anda perlu relaks di bahagian sisi tubuh anda.
  3. Lakukan kedudukan ini selama 15 hingga 20 minit.

Manfaat senaman angkat kaki pada dinding

1. Kaki dan betis tidak bengkak

Postur ini boleh membantu mengawal aliran darah. Kaki dan betis anda menjadi bengkak akibat terlalu banyak cecair di dalam tisu.

Ia biasanya berlaku jika anda mempunyai masalah dengan tekanan darah atau beberapa penyakit yang menyebabkan pengekalan air.

Apabila anda mengangkat kaki, graviti membantu menormalkan tekanan pada tisu, dan mengurangkan pembengkakan.

2. Melegakan ketegangan otot

Mengangkat kaki pada dinding adalah salah satu cara terbaik untuk membantu melegakan ketegangan otot kaki, betis dan pinggul akibat berjalan dalam tempoh yang lama atau memakai kasut tumit tinggi.

Hasilnya anda akan mendapati bahawa kaki yang tegang dan sakit akan berasa lebih baik sekali apabila anda selesai melakukan senaman ini.

3. Meningkatkan sistem penghadaman

Postur ini meningkatkan fungsi perut anda. Bekalan darah ke organ dalaman diperbaiki melalui saluran darah dari kaki.

Otot licin yang bertanggung jawab untuk peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut pada salur makanan untuk menolak bahan makanan).

Pada masa yang sama, peningkatan peredaran darah meningkatkan fungsi sistem pencernaan.

Jika anda melakukan senaman ini dengan teratur, kebanyakan nutrien yang anda makan akan diserap dengan segera.

4. Kesan menenangkan

Apabila anda berada dalam postur ini, biasanya lebih mudah untuk bernafas, iaitu lebih banyak oksigen masuk ke dalam darah anda.

Dengan itu, ia membantu fungsi otak anda lebih baik. Semasa anda berehat, anda juga kurang gementar, dan ketegangan di leher anda hilang.

Ia bermanfaat untuk sistem saraf juga boleh dirasakan walaupun anda berbaring di atas lantai. Jadi anda tidak perlu melakukannya selama beberapa hari berturut-turut untuk mengalami kesannya buat kali pertama.

5. Meningkatkan kualiti tidur

Salah satu punca bagi insomnia adalah tidak menyenangkan yang berulang pada kaki. Adalah sukar untuk tidur apabila kaki dan betis berasa kebas dan oksigen dalam darah yang tidak mencukupi.

Dengan mengangkat kaki biasanya akan membantu anda menyingkirkan simptom ini. Selain itu, otak akan menerima lebih banyak oksigen melalui pernafasan yang betul dan peredaran darah yang lebih baik.

Tidur anda akan menjadi lebih lena dan baik. Kekal dalam kedudukan ini sama seperti meditasi, yang bermaksud seseorang tidak terganggu dengan masalah kecil, menjaga tubuh dan minda dengan aman.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, masalah tulang belakang atau kecederaan kaki, berbincang dengan doktor anda sebelum melakukannya.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.