Pergolakan Umno-PN ancam kerajaan Sabah, kata penganalisis

Pergolakan Umno-PN ancam kerajaan Sabah, kata penganalisis

Pakar berkata, kestabilan kerajaan Sabah akan tergugat sekiranya Umno negeri itu memutuskan untuk mengikut telunjuk ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Pakar bersetuju perbezaan antara Umno dan PPBM boleh membawa kepada perpecahan dalam GRS, yang menyaksikan pemimpinnya dilantik menganggotai Kabinet negeri kurang 3 minggu lalu.
KOTA KINABALU:
Penganalisis politik bersetuju bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru dibentuk boleh tumbang sekiranya Umno menarik sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada FMT, mereka mengakui akan hubungan yang sedia tegang dalam GRS.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ketegangan dalam kerajaan negeri sangat ketara dalam hubungan antara Umno dan PN, khususnya PPBM.

Bridget Welsh dari Universiti Nottingham (Malaysia) berkata, perselisihan antara Umno dan PPBM boleh menyebabkan perpecahan dalam GRS.

Awang Azman Pawi.

Sementara itu, Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, kestabilan kerajaan negeri akan tergugat sekiranya Umno Sabah memutuskan untuk mengikut telunjuk ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Selasa lalu, selepas mesyuarat tertutup selama 5 jam, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, parti itu mempertimbang untuk menarik diri daripada menyokong PN, selain menetapkan syarat baru kepada kerajaan dalam meneruskan kerjasama politik sedia ada.

Awang Azman berkata, keadaan ini pasti akan mempengaruhi hubungan yang sudah tegang antara Umno Sabah dan PN.

“Apa sahaja yang berlaku di Putrajaya akan mempengaruhi keadaan mana-mana kerajaan negeri di bawah sayap PN,” katanya.

Bridget Welsh.

“Sekiranya Umno menarik diri daripada PN, maka kerajaan Sabah akan tumbang. Ini boleh membuka jalan kepada Umno untuk bekerjasama dengan Warisan bagi menubuhkan kerajaan baru seterusnya.

“Namun, sekiranya perdana menteri tidak lagi datang daripada PPBM, pemimpin PPBM Sabah akan meninggalkan parti itu dan kembali kepada Umno.”

Welsh berkata, wujud kemungkinan episod di peringkat nasional tidak mempengaruhi keadaan di negeri itu kerana Umno Sabah bebas untuk memilih jalannya sendiri.

Tony Paridi Bagang.

“Namun begitu, ketidakstabilan di peringkat persekutuan berpotensi memecah-belahkan kerajaan GRS, yang terus dilanda ketegangan Umno-PPBM.

“Pelantikan wakil PAS ke kedudukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menyebabkan penolakan serius daripada sekutu Kadazan Dusun Murut,” katanya.

“Ini akan menguji autonomi Umno Sabah.”

Bagang juga mengakui kebebasan Umno Sabah untuk membuat keputusan.

Arnold Puyok

Namun katanya, ancaman Umno untuk meninggalkan PN akan menyukarkan Kabinet Sabah untuk berfungsi.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, pengaturan kuasa dan dinamika politik di Sabah pasti akan berubah sekiranya Umno tidak lagi bekerjasama dengan PN.

“Sabah tidak lagi terhindar daripada politik di Semenanjung Malaysia,” katanya.

“Ini kini terdedah kepada keadaan yang berlaku di sana.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.