Tumpuan dalam Belanjawan 2021
Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.
PETALING JAYA: Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Bertemakan “Teguh kita, menang bersama”, ia adalah belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.
Menurut Bernama dan Reuters, RM322.5 bilion diperuntukkan untuk Belanjawan 2021, iaitu RM25.5 bilion lebih banyak daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah RM297 bilion.
Kira-kira RM236.5 bilion (73.3%) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion (21.4%) untuk pembangunan dan RM17 bilion (5.3%) untuk dana Covid-19.
Tiga matlamat induk Belanjawan 2021 ialah:
- kesejahteraan rakyat
- kelangsungan perniagaan
- ketahanan ekonomi
Perkhidmatan awam
- Elaun dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk 1,900 anggota bomba sukarela
- Bayaran one-off RM500 untuk 40,000 penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara
- RM600 untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah
- Bantuan khas RM300 untuk penjawat awam bersara dan veteran tanpa pencen
Alam sekitar
- RM50 juta untuk membersihkan sampah dan sisa pepejal terperangkap di sungai
- RM40 juta untuk mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan alam sekitar
- RM10 juta untuk projek pengurusan sisa di sekitar pulau di Johor dan Terengganu
- RM400 juta untuk perlindungan biodiversiti bagi semua negeri
- RM20 juta untuk mengambil 500 bekas tentera, polis dan Orang Asli meronda hutan
- Membina pusat transformasi bandar di Lembah Pantai dengan bantuan sektor swasta
- Rebat RM200 di bawah program Save 2.0 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan. RM30 juta disediakan untuk program ini yang dijangka memanfaatkan 140,000 isi rumah
Pembangunan
- RM15 bilion untuk projek infrastruktur pengangkutan, termasuk Lebuhraya Pan Borneo, projek Gemas-Johor Bahru dan projek Trek Berkembar Lembah Klang
- Kesinambungan projek termasuk RTS antara Johor Bahru dan Singapura dan MRT di Lembah Klang
- Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi, tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura
- RM3.8 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jambatan dan jalan raya di beberapa negeri
Penciptaan pekerjaan dan isu sosial
- RM100 juta untuk NGO yang terlibat dalam penciptaan pekerjaan, menangani masalah sosial dan perlindungan alam sekitar. Geran RM100 juta ini akan digandingkan dengan geran RM100 juta daripada GLC
- RM2 bilion untuk meneruskan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0
- Pelantikan 100 pegawai SPRM yang baharu
Sabah dan Sarawak
- RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion untuk menaik taraf infrastruktur asas, kemudahan kesihatan dan pendidikan, masing-masing untuk Sabah dan Sarawak.
Koridor ekonomi
- RM780 juta untuk projek pembangunan di koridor ekonomi Johor, Kelantan, Kedah, Sarawak dan Sabah
- Insentif cukai untuk koridor ekonomi dilanjutkan sehingga 2022
- RM150 juta untuk bekalan air mentah ke Melaka
- KWSP meneruskan pembangunan Kwasa Damansara dengan RM50 bilion, yang merangkumi hartanah komersial dan kediaman. Ia dijangka menjana 100,000 pekerjaan
Komoditi
- RM20 juta untuk program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan.
- RM16 juta untuk insentif pengeluaran lateks.
- Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian perabot di Pagoh.
Cukai rokok
- Membekukan pengeluaran lesen baru untuk import rokok
- Memperketatkan pembaharuan lesen import rokok
- Mengehadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu saja
- Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik ke atas penghantaran dan eksport semula semua rokok import
- Melarang aktiviti penghantaran dan eksport rokok menggunakan bot kumpit
- Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai
- 10% duti eksais ke atas peranti rokok elektronik dan bukan elektronik, termasuk vape
- Cecair rokok elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter
Pelancongan
- RM50 juta untuk program latihan dan penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan
- 500 peluang pekerjaan untuk komuniti setempat dan Orang Asli menjadi pemandu pelancong di semua taman negara
- RM50 juta untuk penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara
- RM35 juta untuk Malaysia Healthcare Travel Council
- Geran khas RM1,000 untuk peniaga, penjaja, pemandu teksi dan e-hailing serta pemandu pelancong di Sabah
- Pengecualian levi Dana Pembangunan Sumber Manusia untuk syarikat dalam sektor pelancongan dan mereka yang masih terjejas dengan Covid-19 selama 6 bulan
- RM1 bilion untuk skim transformasi pendigitalan industri
- RM150 juta untuk Skim Geran Pendigitalan PKS dan Geran Automasi
- Hampir RM1.2 bilion untuk skim kredit mikro
Pertanian, perikanan
- RM50 juta untuk projek pertanian organik
- RM150 juta untuk pemodenan bot nelayan
- Elaun sara hidup nelayan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan
- RM60 juta untuk program pemodenan dalam rantaian bekalan
- RM100 juta untuk pertanian dan ternakan berimpak dan bernilai tinggi
- RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang peneroka Felda
- RM570 juta untuk subsidi harga padi
- RM960 juta untuk subsidi dan insentif tanaman padi, termasuk baja padi bukit sebanyak RM40 juta
Pembangunan produk tempatan
- RM150 juta untuk program latihan dan bantuan bagi 100,000 usahawan
- RM150 juta untuk inisiatif Shop Malaysia Online
- RM35 juta untuk mempromosikan produk buatan Malaysia
- Insentif cukai untuk syarikat menghasilkan vaksin Covid-19 untuk melabur di Malaysia
Sains, Teknologi dan Inovasi
- RM400 juta untuk kementerian dan agensi terpilih bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan
- RM100 juta untuk penyelidikan penyakit, termasuk pembangunan vaksin
Pengangkutan
- RM300 juta untuk meneruskan pas perjalanan tanpa had My30 ke Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang
- Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 untuk pelajar dan orang kurang upaya, termasuk perkhidmatan tren di Lembah Klang dan kawasan lain
- Pengecualian cukai untuk pembelian bas baru
Pelaburan dalam sektor utama
- RM1 bilion untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk industri elektronik dan aeroangkasa
- RM500 juta untuk menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi
- Insentif cukai untuk industri tertentu akan dilanjutkan sehingga 2022
- RM1.4 bilion untuk menyokong pembangunan rantaian bekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan
- RM3.7 bilion untuk melanjutkan skim pembangunan maritim dan logistik, pembangunan mampan, infrastruktur pelancongan dan sektor pengangkutan awam
- RM2 bilion untuk bantuan dan pemulihan bersasar bagi PKS
Pertahanan negara
- RM16 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan
- RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri
- RM2.3 bilion untuk menyelenggara aset ketenteraan
- RM27 juta untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara
- RM500 juta untuk pembinaan 1,000 rumah bagi keluarga angkatan tentera
- RM153 juta untuk Rela
Perumahan
- Pengecualian duti setem untuk rumah pertama sehingga RM500,000
- RM1.2 bilion untuk peruntukan rumah bagi pembeli rumah berpendapatan rendah
- RM500 juta untuk 14,000 unit PPR
- RM315 juta untuk 3,000 Rumah Mesra Rakyat
- RM125 juta untuk membaiki rumah kos rendah yang usang
- RM310 juta untuk rumah perkhidmatan awam
- Kerajaan bekerjasama dengan institusi kewangan terpilih bagi skim sewa untuk beli membabitkan 5,000 rumah Pr1ma
Pendidikan
- RM50.4 bilion untuk Kementerian Pendidikan yang merangkumi 15.6% daripada belanjawan
- RM420 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi pelajar
- RM725 juta untuk sekolah usang
- RM45 juta untuk kebajikan pelajar
- RM14.4 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi
- RM50 juta untuk menambah baik kemudahan di universiti awam
- RM50 juta untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di universiti daripada 500Mbps kepada 10Gbps
- RM6 bilion untuk pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET)
- RM300 juta untuk pinjaman bagi 24,000 pelajar TVET
- RM29 juta untuk program TVET bagi pelajar di sekolah tahfiz dan pondok
Bantuan Sara Hidup diganti Bantuan Prihatin Rakyat
- Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada jumlah anak
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000 akan menerima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada jumlah anak
- Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 akan menerima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada jumlah anak
- Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur diturunkan daripada 40 tahun kepada 21 tahun
Sambungan digital
- RM500 juta untuk inisiatif Jendela bagi meningkatkan sambungan internet di sekolah
- RM7.4 bilion untuk SKMM meningkatkan perkhidmatan jalur lebar pada 2021 dan 2022
- GLC akan sumbang RM150 juta kepada dana Cerdik untuk membeli komputer riba bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah
- RM1.5 bilion untuk B40 dalam bentuk kredit RM180 seorang. Ini akan memanfaatkan 8 juta penerima bagi melanggan internet atau tampung kos beli telefon bimbit
- Telco akan menyediakan data percuma bernilai RM1.5 bilion
Belia dan sukan
- RM1,000 sebulan selama 3 bulan untuk majikan mengambil graduan baru bagi program perantis
- Kredit one-off e-wallet RM150 bagi mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun. Ini akan memanfaatkan 1.5 juta belia
- RM19 juta untuk program kesihatan nasional bagi menggalakkan gaya hidup sihat
- RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara semua kemudahan sukan di seluruh negara
- Pengecualian cukai untuk perbelanjaan peralatan sukan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000
Pembangunan luar bandar
RM2.7 bilion untuk projek infrastruktur luar bandar. Ini termasuk:
- RM1.3 bilion untuk jalan raya
- RM632 juta untuk bekalan air
- RM250 juta untuk bekalan elektrik
- RM355 juta untuk membina rumah baru dan membaiki rumah usang
- RM121 juta untuk memasang 27,000 lampu jalan
Pengecualian cukai dan barang keperluan
- 1% pengurangan cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,001 hingga RM70,000 setahun
- RM20 juta untuk menubuhkan pusat komuniti sebagai tempat jagaan kanak-kanak selepas tamat sesi persekolahan
- RM170 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS
- Potongan cukai tambahan untuk syarikat mengambil warga emas dilanjut hingga 2025
- Pelepasan cukai untuk pasangan OKU dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000
- RM158 juta untuk program bantuan sosial dan pembangunan Orang Asli, termasuk membina 14 tabika baru
- Potongan cukai tambahan untuk syarikat mengambil bekas banduan dan penagih dadah dilanjut hingga tahun taksiran 2025
- RM50 juta untuk membaiki dan menyelenggara rumah ibadat di kawasan PBT
- RM100 juta untuk memperkasa kedudukan sosio ekonomi komuniti India
- RM177 juta kepada kaum Cina untuk program pembaikan kemudahan pendidikan, rumah dan kemajuan kampung baru
- RM30 juta untuk menubuhkan taska di bangunan kerajaan, khasnya hospital
- Geran padanan sehingga RM20 juta untuk galak sektor swasta menyediakan pusat jagaan anak di premis mereka
- RM21 juta untuk menubuhkan pusat sokongan sosial setempat
- RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas bagi usahawan wanita
- Bayaran one-off RM500 untuk imam, bilal, guru takmir dan Kafa yang dijangka memanfaatkan hampir 70,000 orang
- RM1.4 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri
- RM11.1 bilion untuk program pemerkasaan Bumiputera yang merangkumi:
– RM6.5 bilion kepada universiti untuk Bumiputera.
– RM4.6 bilion untuk memperkasa usahawan Bumiputera - RM1.5 bilion untuk melanjutkan program subsidi upah selama 3 bulan lagi, khasnya bagi sektor pelancongan
- RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan 500,000 pekerjaan baru dan program peningkatan kemahiran
- RM200 juta untuk program pengedaran barang perlu
KWSP dan Perkeso
- Caruman KWSP pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 9% selama 12 bulan mulai Januari 2021
- Pencarum dibenar mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP selama 12 bulan mulai Januari 2021
- KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan Akaun 2 untuk membeli insurans
- RM24 juta untuk skim bencana pekerjaan Perkeso, termasuk 40,000 penghantar makanan dan barang
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk pencarum skim persaraan swasta dilanjutkan hingga tahun taksiran 2025
- RM150 juta untuk elaun mencari kerja Perkeso dilanjutkan selama 3 bulan
- RM2 bilion untuk meneruskan inisiatif pengambilan pekerja dikenali sebagai PenjanaKerjaya di bawah Perkeso
Covid-19
Siling Kumpulan Wang Covid-19 dinaikkan kepada RM65 bilion
RM1 bilion untuk membendung gelombang ke-3 Covid-19 yang merangkumi:
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
- RM475 juta untuk membeli peralatan dan bekalan buat Kementerian Kesihatan
- RM318 juta untuk PPE dan pensanitasi petugas barisan depan
- RM150 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara
- RM50 juta untuk membeli peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat di hospital universiti
- Bayaran one-off RM500 untuk petugas barisan depan KKM
Kesihatan awam dan bantuan kebajikan
- RM24 juta untuk program kesihatan mental
- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan rawatan membabitkan vaksinasi
- Pelepasan cukai untuk rawatan penyakit serius dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000
- Pelepasan cukai untuk pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000
- Pelepasan cukai untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000
- Memperluaskan perlindungan MySalam dan Program Baucar Perlindungan Tenang kepada B40
- RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal buat kanak-kanak
- RM25 juta untuk program rawatan Peritoneal Diaysis di rumah
- RM10 juta bagi program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram
- Bantuan OKU tak berupaya kerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
- Bantuan warga emas, penjagaan OKU serta pesakit kronik dinaikkan daripada RM350 kepada RM500
- Elaun pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
- Keseluruhannya, RM2.2 bilion diperuntukkan untuk bantuan kebajikan bulanan yang akan memanfaatkan lebih 400,000 orang