Bapa tikam anak ‘lalok’ syabu

Bapa tikam anak ‘lalok’ syabu

Suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, suspek yang ditahan di flat Puchong Permai semalam direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 27 tahun yang menikam bayi perempuannya berusia setahun lapan bulan semalam disahkan di bawah pengaruh syabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut.

“Bayi berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Serdang kini masih cuba diselamatkan,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Suspek ditahan di rumahnya di flat Puchong Permai semalam dan polis turut merampas pisau pemotong roti dipercayai digunakan untuk menikam perut mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.