Covid-19: Apa motif sebenar Muhyiddin, tanya Guan Eng

Covid-19: Apa motif sebenar Muhyiddin, tanya Guan Eng

Pengisytiharan darurat menyusul kurang 24 jam selepas pengumuman PKP selama dua minggu.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng “terkejut” dengan pengisytiharan darurat yang menyusul sehari selepas Perintah Kawalan Pergerakan KP diumumkan.

“Mainan politik yang tak berkesudahan susulan kehilangan majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakibatkan kerajaan PN gagal memfokuskan tugas yang ada depan mata,” katanya dalam mendakwa kerajaan gagal menangani wabak Covid-19.

Guan Eng berkata kenyataan perdana menteri bahawa pengisytiharan darurat akan mengelakkan pilihan raya umum di adakan tidak berasas, kerana hanya pemimpin Umno hanya mahukan PRU diadakan segera.

Beliau berkata Umno, cuma memegang 39 daripada 22 kerusi parlimen dan bukan faktor penentu mengenai bila PRU diadakan.

“Hanya Umno membuat tuntutan ini. Parti politik lain termasuk pembangkang PH dan DAP menolak desakan mengadakan pilihan raya awal. Jadi ini tidak masuk akal.”

Katanya, dua pengumuman (PKP dan darurat) dibuat dalam tempoh begitu rapat menyebabkan kekeliruan dan menampakkan tabir urus serta pentadbiran lemah dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menambah, kelemahan kerajaan dalam membendung Covid-19 amat jelas sekarang, meskipun Putrajaya mendakwa sebaliknya sebelum ini.

“Dolak-dalik dasar, dwistandard dan ketakcekapan teruk oleh kerajaan Persekutuan PN menyebabkan rakyat Malaysia hilang nyawa dan hilang pendapatan dalam perang terhadap Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.