Tiada kompromi isu Twitter SKMM, kata Saifuddin

Tiada kompromi isu Twitter SKMM, kata Saifuddin

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertindak secara telus dalam menangani isu tersebut.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertindak secara telus dalam menangani isu tersebut.
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berkenaan isu yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Saifuddin berkata, kementerian akan bertindak secara telus dalam menangani isu tersebut, dan sekiranya didapati berlaku kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di SKMM atau tidak.

“Saya memandang serius isu tular tentang ciapan tidak senonoh pada tahun 2014, yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter SKMM.

“Saya telah mengarahkan ketua setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), untuk menjalankan siasatan menyeluruh dari semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akaun Twitter rasmi SKMM digantung buat sementara, berikutan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dilaporkan semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.